Info UMK


Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.

Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006.  Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti“Entrepreneurship is Our Thrust” (Keusahawanan Teras Kami) dan“Entrepreneurial University” (Universiti Keusahawanan) digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu :

  1. Keusahawanan dan Perniagaan ;
  2. Teknologi Kreatif dan Warisan; serta
  3. Agro-industri dan Sains Sumber Asli 
 Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas pertama, lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)(capability and capacity building of SME) serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an enabler).


 Penubuhan Universiti

Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi, iaitu mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar seramai 332 orang pelajar.

Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.

Visi Dan Misi UMK

Visi
Peneraju pembangunan modal insan bercirikan keusahawanan bagi kesejahteraan

Misi

UMK menyediakan :
  • Program akademik berkualiti dan relevan
  • Penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial tinggi
  • Perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial yang mampu meningkatkan daya saing dalam keusahawanan;

UMK sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan memenuhi kehendak pasaran dengan menyediakan persekitaran kondusif ; dan Warga UMK berpengetahuan, berkemahiran dan komited mengamalkan budaya kerja profesional, mengurus secara partisipatif serta melaksanakan penambahbaikan berterusan.

  Moto UMK

“ Transformative * Entrepreneurial * Excellence ” 

Objektif

  • Menyediakan kursus pengajian dan latihan dengan memberi penekanan kepada penghayatan ciri-ciri keusahawanan dan pembangunan insaniah merentasi kurikulum.
  • Membangun modal insan berkualiti yang menyumbang dengan efektif kepada pembangunan negara dan dimanfaatkan oleh masyarakat.
  • Membangun keupayaan staf dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat (PSH), kepimpinan dan pengurusan.
  • Membangun kapasiti dan keupayaan perusahaan kecil & sederhana (PKS) bagi meningkatkan daya saing dalam penjanaan kekayaan negara.
  • Menyediakan infrastruktur dan sistem sokongan yang kondusif sebagai asas kepada pembangunan Universiti bertaraf dunia.
  • Melaksanakan aktiviti pembangunan wilayah sejajar dengan rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
  • Mengamalkan sistem tadbir urus dan pengurusan kewangan yang efektif serta berintegriti tinggi.






UMK merupakan IPTA yang ke-19 dan telah diumumkan penubuhannya semasa pembentangan RMKe-9 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. ke lima , Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.  Ia kemudian diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Jun 2006.
Universiti Malaysia Kelantan merupakan satu-satunya universiti penuh yang ditempatkan di negeri Kelantan Darul Naim. Falsafah kurikulum pengajian di UMK ialah berteraskan kepada pendidikan keusahawanan (entrepreneurship education). Oleh itu frasa rangsangan Entrepreneurial University dan Entrepreneurship is our thrust digunakan dengan meluas. Bagi jangkamasa pendek dan sederhana tiga(3) kelompok bidang teras diberi penekanan iaitu :
  • Keusahawanan dan Perniagaan,
  • Teknologi Kreatif dan Warisan serta
  • Agro Industri dan Sumber Asli.
Pada masa yang sama penekanan diberi kepada kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi (dengan minda kelas pertama) lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability and capacity building of SME) serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an enabler).

No comments:

Post a Comment